SLS Dari Biasa Ke Luar Biasa Betulkan Kesilapan Mobilegrafi
11 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2026, seorang peserta telah menyertai kelas mahir Short Learning Series: Dari Biasa Ke Luar Biasa Betulkan Kesilapan Mobilegrafi di NADI Sungai Bandung. Webinar ini bertujuan bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran fotografi menggunakan telefon pintar. Webinar ini menumpukan kepada kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh pengguna mobilegrafi, termasuk komposisi, pencahayaan, fokus, dan sudut penggambaran.
Peserta telah diberi panduan praktikal serta teknik mudah untuk memperbaiki hasil gambar, menjadikannya lebih menarik dan profesional. Selain itu, sesi ini turut menekankan kreativiti, penggunaan aplikasi suntingan, dan cara memaksimumkan potensi telefon pintar dalam menghasilkan gambar berkualiti tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: